Powered by Blogger.

...

...

shout it loud


ShoutMix chat widget

i love music

kelahiran...

>> Monday, October 11


Jam menunjukkan tepat pukul 5.38pagi, si ayah terus menerus memberi semangat kepada si ibu untuk terus memberi segala kekuatan demi seorang anak yang bakal dilahirkan. “kuat sayang, abang yakin ayg boleh” . si ibu hanya mampu menjerit sambil linangan air mata terus menerus membasahi  mukanya. Walaupun ini adalah kelahiran yang keempat, kesakitannya tetap tidak terperi dan kerana itulah darjat seorang ibu lebih agung daripada seorang ayah. Selang beberapa minit, segala kudrat yang dicurahkan ibu berhasil. Tangisan anak kecil melenyapkan terus kesakitan yg dialami ibu sedangkan si ayah menadah tangan tanda kesyukuran. Muka sepasang suami isteri tersebut bercahaya kerana dianugerahkan seorang lagi hero didalam keluarga mereka. “ ayang, anak kita memang comel. Harapnya besar nanti hensem macam bapaknye ye hehehe” si ayah sempat lagi bergurau, hampeh betul. Si ibu hanya tersenyum melihat kehampehan si ayah, dalam hati dia berdoa “ya allah, aku bersyukur padamu kerana engkau masih memberi peluang kepada aku dan anakku untuk terus mensyukuri kehidupan di muka bumi ini. Jadikanlah anakku ini antara mereka yg mengakui keagunganmu,kebesaranmu serta kekuasaanmu” . setelah dimasukkan ke wad, si ibu dan ayah berborak ceria mengenai kecomelan anak mereka dan ditetapkan nama Mohd Farhan bin Mohd Denan.
----> masa di forwardkan ke 23tahun 28 hari.
(Si anak telah pun berusia 23thun. Doa ayahnya agar si anak hensem telah pun dimakbulkan ^_^ tapi doa si ibu hmm 50-50 je kot masih perlu di asah)….…

Tangisan si anak tidak henti-henti. Pengalaman dan kenangan2 manis langsung tidak dapat menceriakan hati si anak. Jika dulu si ibu menangis kerana menyambut kehadirannya ke dunia, kini si anak menangis kerana perginya seorang ibu dari dunia ini. Xda apa yang dapat menenangkannya, msg takziah dari si awek pun tidak diendahkan apatah lagi si kawan2. Tapi dia sedar, segala kejadian ade hikmahnya. Si ayah pula cukup tenang, kerana segalanya telah ditakdirkan allah jadi si ayah hanya menyimpan segala kesedihan dan kepedihan didalam hati. 20januari2010 akan sentiasa menjadi kenangan,akan sentiasa di ingati. “nanti bila mak da xda, AN  xpayahla susah2 da ikut mak pegi hospital” kata2 yang selalu tidak ingin didengar si anak terngiang2 ditelinga. Apalah sangat ikut ke hospital, Cuma si ibu selalu menganggap die banyak menyusahkan anak2. Bagi anak2 pula, si ibulah segala2nya. Kini si anak masih meneruskan saki baki kehidupan dan sentiasa berpegang pada nasihat arwah ibunya “AN kalo nk berkawan, kawan ngan yg elok2 ye” ….hati si anak berbisik “mak, bahagialah mak disana…AN sentiasa berdoa agar mak ditempatkan bersama org2 yg dekat dengan allah. Terima kasih kerana mendidik AN ntuk berwaspada dari keSETANan dunia…AN akan teruskan hidup, jika AN tersesat , AN akan ingat pesan mak..bye mak” 
                                                    "love u all ...mak yg trutama "

2 comments:

Anonymous October 15, 2010  

An, cite ni sedih weh.
Sebak gak aku baca.
Baru tau background ko.
Ye la, kenal pon kat tepi jalan kan(memang kedai tepi jalan pon eh).
Huhu.

Mohd Azhar Farhuntz October 24, 2010  

heee org knai aku mula2 akan aggap aku ni xda masalah...ceria je huhu...ceria tu just nk tutup sgala masalah aku =)...trus ikut blog aku, ko akan ceria hehehe

  © Free Blogger Templates Digi-digi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP